lama tak update entry ASTC.. okey.. jom kita cerita-cerita lagi.. tak kenal maka tak cinta..
Selain dari aktiviti-aktiviti yang lasak. yang menguji mental dan fizikal pengunjung AS SAKINAH TRAINING & CAMP, kami di ASTC juga sangat menitik beratkan solat berjemaah. Peserta dikehendaki solat fardhu 5 waktu secara berjemaah di dewan terbuka ASTC. Haaaa.. nak tahu kenapa? Jom.. baca hadith ni :
Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala." - Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasai.
Kami di ASTC sedaya upaya menerapkan rasa excited dan suka untuk menunaikan solat berjemaah dalam diri peserta. Alhamdulillah, setakat ini, peserta-peserta tidak bermasalah untuk mengikut peraturan ini. Okey.. dah puas berceloteh, jom tengok gambar-gambar pulak.. hehehe. moga bermanfaat. :) Jumpa lagi nanti tau. In shaa Allah. :D
No comments:
Post a Comment